Message Me
Send Please log in to message tutor.
Subscribe My Modules
Tutor's Info
🌹🌹 Assalamualaikum & Salam sejahtera 🌹🌹
Salam Perkenalan untuk semua.

Saya Cikgu Kay, seorang pesara Guru KPM yang kini menjalankan kelas Matematik secara online. 

Saya menggalas tanggungjawab sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Opsyen Matematik Sekolah Rendah) bermula pada 2.1.2004 dan telah memilih untuk bersara pilihan pada Gred DG48 pada 2.1.2020.

Selama tempoh perkhidmatan, saya pernah mengajar di 3 buah sekolah masing-masing di Senai Johor, Putrajaya & Sepang Selangor.

Saya juga merupakan mantan Guru Cemerlang Matematik lantikan 2010.

Walaupun telah bersara, tetapi jiwa sebagai seorang guru itu belum pernah padam, malah semakin teruja untuk mendidik anak-anak di atas platform yang baru ini iaitu pembelajaran secara maya. 


















 


















Salam Perkenalan semua.. ☺️☺️

Saya Cikgu Kay, seorang Pesara Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Dan kini menjalankan kelas Maths online secara sepenuh masa.

Pada 2.1.2004 saya memulakan tugas saya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Sekolah Rendah (Opsyen Matematik), dan sehingga tarikh persaraan saya, saya telahpun mengajar di 3 buah sekolah iaitu:


 



Di platform Tutor2U Sasbadi Online ini, saya mengajar:

Sekolah Rendah        :  Matematik Tahun 2, 3, 4, 5, dan 6

Sekolah Menengah   : Matematik Ting 1,2 & 3 (khusus untuk murid lemah sahaja, kelas perlu ditempah di ruangan "mesej tutor" terlebih dahulu.)


Ibu ayah yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya untuk kelas anak-anak, bolehlah book kelas saya di sini.  Ibu ayah juga boleh pm saya di ruangan 'message me' jika ada sebarang persoalan atau jika ingin membuat temujanji kelas mengikut kesesuaian masa sendiri.  Bole kita bincangkan. InsyaAllah.
Terima kasih semua.

Jom Belajar Maths Secara Maya
-Cikgu Kay-


Ayuh anak-anak...
Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa..