Cikgu Margareth berpengalaman hampir 9 tahun dalam bidang pendidikan. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Pendidikan Sejarah (Major) dan Bahasa Melayu (Minor). Beliau seterusnya menyambung pengajian pada peringkat Sarjana (Master) Pendidikan Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2018. Pengalaman mengajar bermula sejak beliau dilantik sebagai guru tahun 2012. Beliau juga terlibat sebagai pemeriksa Kertas SPM selama dua tahun. Minat yang mendalam dalam bidang pendidikan diteruskan lagi dengan menjadi tenaga pengajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Sarawak. Di samping itu, beliau juga merupakan Tutor sambilan yang mengajar Bahasa Melayu dan Sejarah di sebuah institut pendidikan swasta di Sarawak dan mahir mengajar secara atas talian (aplikasi Zoom / Google Meet) sejak Disember 2019. Pada tahun 2021, beliau dilantik sebagai Tutor Bahasa Melayu dan Sejarah SPM di platform Tutor2U Sasbadi.
Semasa sesi pembelajaran online, Cikgu Margareth menggunakan sepenuhnya Portal iLearn-Ace Sasbadi. Portal ini mengandungi nota-nota lengkap dengan pelbagai fungsi. Di samping itu, terdapat pemahaman konsep melalui latihan berfokus mengikut tahap pelajar. Hal ini, membolehkan pelajar menjawab terus latihan semasa sesi kelas online dengan bimbingan guru. Secara tidak langsung, guru boleh terus memperbaiki kelemahan dan membantu meningkatkan penguasaan dalam topik yang pelajar lemah sama seperti kelas bersemuka.
Visi Cikgu Margareth adalah " Student's Success is My First Priority". Beliau sangat komited dan memilih untuk mengadakan kelas 1 to 1 (Premium), bersama pelajar, agar tumpuan 100% dapat diberikan kepada pelajar.