Coach Bahraen merupakan seorang tutor dan bekas seorang professional, pernah bekerja di syarikat telekomunikasi tempatan dan syarikat pembekal telekomunikasi bertaraf antarabangsa. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik. Pengalaman bekerja lebih 18 tahun dengan 10 tahun dalam bidang Kejuruteraan Komunikasi dengan pengkhusuan “Radio Frequency Planning /Optimization” diguna sebaiknya dalam memberi contoh-contoh pengunaan praktikal formula-formula dan model-model Matematik
Beliau sentiasa bersedia untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar terutamanya yang meminati kerjaya kejuruteraan atau kerjaya professional yang lain. Berbeza daripada guru-guru Matematik lain, beliau menggunakan Geogebra dan animasi 2D/3D untuk menjelaskan konsep-konsep kompleks dan abstrak, sebagai contoh beliau menggunakan simulasi 3D dalam menjelaskan konsep pengamiran isipadu janaan. Melalui pengalaman bekerja di bidang yang memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi, beliau mampu menguasai ilmu-ilmu dan PdCp berasaskan teknologi dengan pantas
Di dalam pengajaran dan sokongan pembelajaran selepas kelas, beliau menggunakan sepenuhnya Portal i-LEARN Ace yang mengandungi nota-nota lengkap dengan pelbagai fungsi lain yang boleh digunakan samada sebagai satu sistem pembelajaran kendiri oleh pelajar atau pun sebagai satu sistem pembelajaran lengkap merangkumi pengukuhan pemahaman konsep melalui latihan yang berfokus mengikut tahap pelajar. Pelajar-pelajar yang mempunyai Portal iLearnace digabungkan dengan akaun iLearnace guru membolehkan kitaran lengkap pembelajaran pelajar melibatkan guru, pelajar dan ibu bapa. Melalui gabungan ini pelajar akan diberikan soalan-soalan tugasan dalam talian selepas kelas. Para pelajar juga dibekalkan nota-nota bervideo yang boleh ditonton di nota akaun iLearnace masing-masing. Melalui nota-nota pembelajaran serba lengkap dan dengan fungsi pemantauan prestasi di akaun iLearnace pelajar, guru dan ibu bapa memberikan kitaran lengkap pembelajaran dan pemantauan prestasi pelajar secara digital
Selain sebagai guru tuisyen beliau juga seorang pembina dan perekacipa Aplikasi Mudah Alih. Beliau beberapa kali telah berjaya memenangi pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa; Anugerah Emas dan Perak peringkat kebangsaan di Nicetech2019(*) dan SABIC2020(**) selain merangkul Anugerah Emas dengan Anugerah Khas Juri peringkat antarabangsa di iVEDIIC2020(*)
Akademik:
M.Sc. in Communication Network Engineering, Universiti Putra Malaysia
B.Sc. (Hons) in Physics, Universiti Malaya
(*) Bersama Prof. Madya Dr. Mohd Radzi Che Daud, Zate Akthar Rahmad, Khairul Bariah Zainal Abidin dan Mawarnie Zukeri
(**) Bersama Prof. Madya Dr. Mohd Radzi Che Daud, Zulhilmi Mohd Sabri