Learning module by:
Coach Bahraen View Profile
Step 1: Choose Category
Step 2: Choose Level
Step 3: Choose Subject
Matematik Tambahan
Sekolah Menengah Kebangsaan
Upper (Form 4/5/6)
Tingkatan 5 | Bab 2 Pembezaan Siri 2
Modul Pembezaan Siri 2 mengandungi topik-topik aplikasi pembezan; kecerunan, garis tangen/normal, titik pusingan, titik minimum/maksimum, perkadaran, tokokan kecil dan juga penghampiran. Ianya disusun dengan kemas dan teratur mengikut tertib topik untuk memudahkan pelajar mempelajari samada topik-topik baru atau pun membuat ulangkaji topik-topik yang telah dipelajari di sekolah. Video-video pembelajaran dilengkapi dengan contoh-contoh yang pelbagai untuk memudahkan pemahaman dan penguasaan dengan mendalam. Pilihan untuk pelajar mengulangkaji Siri 1, terutamanya yang masih belum mengusai konsep-konsep asas pembezaan.
Module #326
Coach Bahraen
RM 10.00
14 Days
Matematik Tambahan
Sekolah Menengah Kebangsaan
Upper (Form 4/5/6)
Sesaran | Halaju | Pecutan
Dalam bab ini pelajar perlu menguasai bab Fungsi Kuadratik yang melibatkan konsep punca-punca persamaan kuadratik, penyelesaian ketaksamaan kuadratik dan juga lakaran graf. Pelajar juga perlu menguasai bab Pembezaan dan Pengamiran. Bagaimanapun untuk ketiga-tiga bab ini, hanya pemahaman peringkat asas diperlukan. Konsep sesaran, halaju dan pecutan dijelaskan dengan contoh-contoh daripada soalan-soalan klon peperiksaan untuk menyediakan pelajar memahami konsep dan penguasaan menyeluruh. Soalan-soalan kuiz pengukuhan mudah beserta skema cadangan jawapan diberikan untuk memudahkan pelajar menyemak tahap kefahaman. Cara penggunaan kalkulator dalam penyelesaian fungsi pembezaan dan kamiran juga ditunjukkan. Dalam peperiksaan SPM, soalan dalam bab Gerakan pada Garis Lurus akan ditanya dalam bahagian C, Kertas 2 soalan pilihan yang membawa 10 markah. Walaupun tidak ramai pelajar yang cuba memilih soalan ini, tetapi sebenarnya ia merupakan bab yang mudah untuk pelajar mendapat 10 markah penuh dengan penguasaan bab Fungsi Kuadratik, Pembezaan dan Pengamiran asas. Tambahan lagi pengunaan kalkulator dalam pengiraan fungsi pembezaan dan kamiran dapat mengurangkan dalam kesilapan membuat pengiraan.
Module #199
Coach Bahraen
RM 5.00
14 Days
Result 1 - 2 of 2